Jumaat sudah. Bagi yang bekerja (ikut hari bekerja) pasti terasa bahang hujung minggu. Kerja pun semua mau pantas cepat sap sap sui. Kena bagi kerja pun pandang sebelah mata ja mau siapkan. Aku termasuk dalam golongan itu. =D
Bagi aku masa yang paling produktif untuk aku buat kerja adalah pagi. Paling optimum semua kerja. Rasanya majikan pun perlu juga ambil tau. Sebab di penghujung nanti yang dapat habuannya, majikan. Bagi aku sebelah petang tu badan suda rasa letih. Minda pun mula rasa kosong.
Baru sebulan aku kerja di sini (itu pun sangat banyak masa yang aku x datang kerja atas sebab - sebab tertentu). Walau baru sebulan banyak jugak yang aku nampak dalam kehidupan ni. Contohnya hidup nda boleh bodoh sombong, sebab pasti sudah orang lain nda akan hormat. Aku anggap itu sebagai pengajaran buat diri sendiri.
Baru-baru ni aku banyak buat salah. Kesilapan yang sangat pasti, buat kerja masa mengantuk. Majikan pun pintar. Dia kata mau sekarang. Aku bawa balik kerja. Siapkan di rumah dalam keadaan mayat hidup. Kerja mudah sekadar tolak tambah. Tapi bila badan letih, kesian. Tolak dan tambah pun sudah nda dapat beza. Besoknya buat lagi. Baru betul. Kesilapan yang ada pun bukan sebab tersalah kira tapi sebab amaun yang diletak tu memang azalinya salah.
Doa ku kali ini mudahan kalau ada rezeki dan giliran aku jadi majikan atau pihak atasan, doaku agar aku tidak mewarisi perangai buruk ini. Harusnya kita lebih faham rasa penat tu sebab sama - sama manusia biasa. Makan minum tidur. Mau lagi? Sama - sama juga kena pegi tandas buat bisnes kan?
Hari ni sekali lagi sah - sah kerja akan di bagi lepas jam 2 petang. Masa tu sudah mind set nda sempat siapkan. Memang kerja haram lah mau sempurna. Maafkan aku. Aku cuma insan biasa. Bak kata kawan sekerja ku, buat lah kerja setimpal dengan bayarannya. Okey, aku sahut cabaran itu. XD
POSTED BY Haafiza Nadia ON Friday, January 8, 2016 @ 11:23:00 AM