homePROFILEtwittersoundcloudfollow
Perpisahan Akhir
Perpisahan itu selalunya menyakitkan. Namun baru - baru ini (kemarin, 6 Januari 2016), aku seakan tiada perasaan. Kekasih hati kembali ke tempat kerja. Sengaja aku ambilkan dia tiket petang hari (atas permintaannya sendiri, cuma tidak dinyatakan petang itu selewat mana). Aku mohon cuti, walaupun kerja di tempat kerja ni menanti dengan banyak sekali (sebab company baru gaji).
Awal aku tunggu dia di airport. Beberapa hari sebelum dia meninggalkan Sabah, sudah puas aku bersedih *sobs* . Sedih sebab diri dilayan seperti mana masa dia bekerja. Puas sudah aku keluarkan air mata. Sampai saat dia bagi aku dan keluarga lambaian terakhir, aku sudah tiada air mata untuk di jatuhkan. Hati memang sedih. Tapi jujurnya ada sedikit kegembiraan di situ. 

Oh jahatnya aku. Maafkan aku Encik Kekasih. Bukan gembira sebab kejauhan, cuma hati kecil ni ada sedikit lega sebab aku yakin pasti bila dia jauh, dia selalu mengadu semua masalah, keresahan, paling penting, dia selalu cari aku!

Jujur aku cakap, memang sudah tiada air mata. Aku cuma kesal kenapa perlu aku dilayan ibarat dia sedang bekerja. Kadang tidak disentuh langsung panggilan ku.

Aku anggap ini semua pengajaran buat ku supaya tiada lagi berperangai macam tu. Mesti pun hati ini cukup rindu saat - saat sebelum dia lapor diri di Ipoh.

Andai satu masa nanti kekasih hati ku terbaca coretan hati ini, aku minta maaf untuk semua kekurangan ku. Aku sungguh - sungguh rindukan saat sebelum kau ke Ipoh!

Aku doakan hubungan dan perasaan kita tidak pernah berkurang antara satu sama lain, walaupun hati ku sekarang sedikit jauh dan terasa dengan sikapmu.

Jaga diri di sana okay? Sama - sama cari duit. Fighting!!

Gambar sekadar hiasan. Ini bukan gambar semalam. Ini Julai 2015, masa dia balik raya. Katanya mama yang suruh dia letak tangannya di bahu ku (sebab masa tu Abah ke rest room).

Jaga diri cintaku! May the best be upon us!

POSTED BY Haafiza Nadia ON Thursday, January 7, 2016 @ 11:52:00 AM
Older Post | all rights reserved, Haafiza Nadia 2015 | Return

page visitor counter